PUSAT KAUNSELING

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


 

Ucapan Pengarah

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia


Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya saya berpeluang meneraju sebuah Pusat Kaunseling UUM iaitu sebuah “Universiti Pengurusan Terkemuka” yang penuh dengan cabaran ini. Dalam memastikan pelajar Universiti Utara Malaysia mempunyai kesihatan mental dan fizikal yang selari maka dengan itu sepanjang tahun 2017 ini, pelbagai program telah dirangka bagi memastikan para pelajar Universiti Utara Malaysia sentiasa memenuhi keperluan akademik dan tuntutan pasaran pekerjaan. Beberapa siri program sudah dirangka antaranya Fantastic Four C, Platinum, Pointer Counter, Golden, We Care We Share, Life Balancing, Towards 3 Pointer dan lain-lain program. Program kolaborasi strategik komuniti setempat dan Pusat Kaunseling juga telah dirancang bagi mendapatkan impak yang lebih besar.


Selari dengan Wawasan 2020 yang akan mendatang, Malaysia ingin “Menjadi Negara Maju Mengikut Acuan Sendiri”. Tuntasnya disini, peranan Pusat Kaunseling UUM di lihat pada hari ini ingin menggalas tanggungjawab untuk melahirkan mahasiswa UUM yang mempunyai kesihatan mental dan fizikal, berpengetahuan akademik dan kemahiran kendiri yang tinggi dalam bidang-bidang yang strategik terutamanya dalam bidang pengurusan. Jesteru itu, matlamat Transformasi Negara 50 (TN50) yang akan datang dapat direalisasikan dan dicapai oleh golongan Mahasiswa pada hari ini seperti yang diingini oleh Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak.
Akhirnya disini, seluruh warga Pusat Kaunseling UUM akan berpadu tenaga dalam memberikan komitmen yang jitu bagi memastikan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka di sini akan mendapat tempat di industri.

© 2017 Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia. All Rights Reserved.