PUSAT KAUNSELING

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


 

Pengenalan

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh dalam menyelesaikan masalah berkaitan tugas-tugas perkembangan dan keadaan hidup. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.  Pusat Kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu para pelajar dan juga staf Universiti Utara Malaysia dari segi akademik, peribadi, kerjaya dan perkembangan interpersonal melalui sesi kaunseling individu dan juga kelompok, sesi perundingan, ujian-ujian psikologi, dan juga menganjurkan program-program pendidikan kepada komuniti kampus dan masyarakat setempat. Isu-isu pelajar seperti tekanan, krisis dan konflik atau masalah peribadi yang berkaitan dengan pengajian atau kehidupan di kampus adalah perkara yang lazimnya dikendalikan oleh Pusat Kaunseling. Ringkasnya, kami menawarkan situasi yang selesa di mana hal-hal peribadi boleh dibincangkan dengan kaunselor-kaunselor profesional berdasarkan kod etika kerahsiaan dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

© 2017 Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia. All Rights Reserved.