Pengenalan

Pusat Kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu para pelajar dan juga staf Universiti Utara Malaysia dari segi akademik, peribadi, kerjaya dan perkembangan interpersonal melalui sesi kaunseling individu dan juga kelompok, sesi perundingan, ujian-ujian psikologi, dan juga menganjurkan program-program pendidikan kepada komuniti kampus dan masyarakat setempat. Isu-isu pelajar seperti tekanan, krisis dan konflik atau masalah peribadi yang berkaitan dengan pengajian atau kehidupan di kampus adalah perkara yang lazimnya dikendalikan oleh Pusat Kaunseling. Ringkasnya, kami menawarkan situasi yang selesa di mana hal-hal peribadi boleh dibincangkan dengan kaunselor-kaunselor profesional berdasarkan kod etika kerahsiaan dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

 

 

 

 

 

 

  • OBJEKTIF  : PUSAT KAUNSELING
     
  • Fungsi Utama Pusat Kaunseling adalah menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok
  • Fungsi Khusus :
  • 1. Perundingan dan konsultasi
  • 2. Perkahwinan dan seksualiti
  • 3. Psikososial
  • 4. Kesihatan Mental
  • 5. Pengujian dan Pengukuran   Psikologi
  • 6. Modul dan pengisian
  • 7. Penyelidikan dan Informasi
  • 8. Pemulihan dan Pencegahan
    Objektif dan Misi Pusat Kaunseling
  1. Pelajar
  • Membantu pelajar agar dapat mengatasi masalah dan cabaran hidup melalui sesi kaunseling individu dan kelompok.
  • Menganjurkan bengkel perkembangan diri, strategi pembelajaran berkesan dan kemahiran insaniah.
  • Merancang aktiviti dan program kerjaya sebagai persediaan ke alam pekerjaan.
  • Menyediakan modul program dan latihan untuk membimbing para pelajar dari segi pengurusan kepimpinan melalui kursus dan latihan yang di anjurkan.
  1.  Staf
    Membantu staf UUM agar berupaya menyesuaian diri dengan persekitaran kerja yang biasanya menyebabkan tekanan dan burn out.
    Memberi perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok dan menganjurkan program untuk staf
     

iuumimygovimscimampuimyideasimylineitourism-74x45ikrste-74x45isirimisirim2