SEKAPUR SIRIH PENGARAH

Written by Admin UUMIT on . Posted in Uncategorised

pak-leh
EN. MUHAMMAD SALLEH AHMAD FADZILLAH

PENGARAH
Pusat Kaunseling,Universiti Utara Malaysia

 

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Selamat datang ke laman rasmi Pusat Kaunseling, Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebagai makluman semua, laman ini diwujudkan sebagai saluran utama kepada warga UUM terutamanya para pelajar berkaitan dengan Pusat Kaunseling, samada aktiviti atau program mahupun perkhidmatan yang ditawarkan. Laman ini turut memberi ruang kepada para pelajar yang ingin membuat temujanji sesi kaunseling dengan kaunselor pilihan mereka.

Laman ini dibangunkan untuk mendekatkan para pelajar dengan Pusat Kaunseling agar pelajar yang sukar atau tidak berkesempatan untuk datang ke Pusat Kaunseling, mampu menjalankan sesi kaunseling secara interaktif menerusi laman e-kaunseling ini.

Pusat kaunseling sentiasa bersedia membantu para pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja aktviti, sesi kaunseling, malahan perundingan, khidmat ujian psikologi turut disediakan bagi memastikan pelajar UUM bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan memiliki soft skills yang baik.

Harapan saya, agar warga UUM selesa menggunakan laman ini dan dapat membantu Pusat Kaunseling meningkatkan mutu dan perkhidmatan yang lebih baik. Komen dan cadangan dari anda amat kami perlukan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Sesungguhnya melihat para pelajar cemerlang merupakan harapan kami. Teruskan mengunjungi laman web ini.

Akhir Kata, "WE SHARE , WE CARE"

 

iuumimygovimscimampuimyideasimylineitourism-74x45ikrste-74x45isirimisirim2

Pusat Kaunseling, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA. Tel: +604-928 4060 | Fax : +604-928 4074 | Email: pkaunseling@uum.edu.my
Hakcipata Terpelihara. Hakcipta@2014 Universiti Utara Malaysia
Paparan terbaik menggunakan semua jenis Pelayar Internet dengan resolusi 1024 x 768