PROGRAM FORMULA ONE

Written by Admin UUMIT on . Posted in Uncategorised

 

PUSAT KAUNSELING: Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan program Formula One pada 18 September 2015 bertempat di DKG 3.Antara pengisian program ini ialah ceramah Penyesuaian Hidup di Kampus,Tip Kecemerlangan Akademik dan Sistem Pengiraan Pointer. Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Haji Abd. Rahim Romle, Pensyarah Kanan Kolej Undang – Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Dr. Mohd Nazri Baharom, Pensyarah Kanan Kolej Undang – Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa  dan En. Muhammad Salleh Ahmad Fadzillah, Pengarah Pusat Kaunseling. Program ini turut dibantu oleh Pegawai Psikologi dan Kaunselor Pelatih dari Pusat Kaunseling. Program yang melibatkan penyertaan seramai 625 orang pelajar semester pertama  ini  bermatlamat untuk membantu pelajar menyesuaikan diri di universiti, mengaplikasi teknik pembelajaran yang berkesan dan menyediakan diri untuk mencapai ijazah kelas pertama.


 

 

 

KONVENSYEN PRSK KEBANGSAAN

Written by Admin UUMIT on . Posted in Uncategorised

 

PUSAT KAUNSELING: – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim merasmikan Konvensyen Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK) di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini

Konvensyen ini disertai oleh lebih 500 peserta dari 19 Universiti Awam (UA) dan pelajar sekitar kampus UUM. PRSK berpeluang mendengar ceramah mengenai pengenalan kepimpinan dan kesejahteraan emosi

Dalam ucapan aluannya Datuk Seri Dr Shahidan berharap peserta yang menghadiri konvensyen ini akan menambah ilmu pengetahuan mengenai kaunseling di samping merapatkan hubungan antara mereka sama ada di peringkat universiti atau di sekolah.

Katanya hubungan harmoni dan berfikiran terbuka melalui perbincangan dan bimbingan bersama pakar kaunseling dan tenaga pengajar amat perlu bagi melahirkan insan yang berketrampilan dan bermotivasi tinggi.

“Sebagai mahasiswa dan pelajar jangan mudah percaya dengan sebarang berita atau hebahan yang tidak betul atau benar. Buatlah rujukan supaya kita tidak menghebahkan berita yang tidak benar itu,” ujarnya lagi.

Beliau juga berharap konvensyen ini mencapai objektif untuk melahirkan individu dan kumpulan berketrampilan hebat melalui pendedahan kepimpinan dan kesejahteraan emosi.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Kaunseling Muhammad Salleh Ahmad Fadzillah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Dr Mohd Dino Khairri Shariffuddin.


 


 

PUSAT KAUNSELING SERTAI BIG WALK HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2014

Written by Admin UUMIT on . Posted in Blog

image003

HEP Online: Klinik Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah menganjurkan Program Big Walk Hari Kesihatan Mental Sedunia – Living with Schizophrenia di HSB pada 11 November lepas.Seramai 350 peserta telah menyertai program tersebut dan 50 daripadanya terdiri pesakit Skizofrenia.Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghantar 23 mahasiswa, empat pelajar praktikum dan selebihnya adalah pelajar Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).Terdapat beberapa lagi organisasi lain yang turut menyertai program tersebut. Antaranya Kolej Universiti Insaniah, Kolej Murni, Kolej Sultan Abdul Hamid, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma dan jabatan-jabatan lain sekitar negeri Kedah.Perasmian dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina, Dato’ Dr Leong Yong Kong. Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai dan masyarakat mengenai Schizophrenia yang merupakan penyakit mental yang serius.Di samping itu, ia juga bertujuan untuk berkongsi dan meningkatkan penjagaan kesihatan mental dan fizikal serta mendapatkan rawatan di hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.Selain itu kaedah seumpama ini dapat menangani persepsi negatif ke atas kesihatan mental dan mengurangkan stigma sosial yang berkaitan dengan kesihatan mental dan mereka yang hidup dalam gangguan kesihatan mental.Ia juga menyediakan platform yang selamat untuk masyarakat dan orang ramai bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan penjagaan kesihatan mental yang sesuai dengan menerima bantuan serta perhatian yang sewajarnya.Selain acara berjalan kaki, pihak penganjur juga mengadakan persembahan nyanyian oleh pesakit-pesakit Schizoprenia dan senaman aerobik.

PUSAT KAUNSELING ANJURKAN PROGRAM "KU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG'

Written by Admin UUMIT on . Posted in Blog

PUSAT KAUNSELING: “Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang”  merupakan tema ceramah anjuran Pusat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang diadakan di Bilik Taklimat Universiti pada 9 Jun 2015. Para peserta adalah staf pelbagai jabatan dan pelajar UUM

Ceramah ini disampaikan oleh Dr. Mohd. Nazri B. Baharom, Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) yang juga merupakan Pengetua DPP Petronas. “Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang” mengajak agar kita sentiasa membuat perubahan diri yang lebih positif  iaitu perubahan daripada real self kepada ideal self

Menurut Dr. Mohd. Nazri, dengan pemikiran positif akan menjadikan seseorang itu lebih bahagia, disenangi, dihormati, mudah mendapat kawan  serta  dapat menjalinkan hubungan sosial yang baik. Berfikiran positif juga merupakan satu daripada kaedah untuk menangani stres dengan menukarkan keadaan negatif  kepada positif  sebagai peluang untuk  mempelajari sesuatu. Kecenderungan  melihat orang lain dari sudut positif akan mengurangkan prasangka buruk terhadap orang lain.

 

 

iuumimygovimscimampuimyideasimylineitourism-74x45ikrste-74x45isirimisirim2

Pusat Kaunseling, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA. Tel: +604-928 4060 | Fax : +604-928 4074 | Email: pkaunseling@uum.edu.my
Hakcipata Terpelihara. Hakcipta@2014 Universiti Utara Malaysia
Paparan terbaik menggunakan semua jenis Pelayar Internet dengan resolusi 1024 x 768